Saturday 19 January 2013

Assalamu'alaikum,

Hmm dah lama x update status Faraid Calculator Lite....

Alhamdulillah serta tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Minggu ni aku dapat mengemaskinikan calculator tu. Untuk version yang terbaru ni aku telah tambah fungsi untuk paparkan bahagian setiap waris.
Selain dari itu, dari paparan pada bahagian setiap waris itu juga, mempunya "button" email. Dengan menekan button ini, app tersebut akan membuka email app di dalam android handphone/tablet serta mengisi info seperti yang tertera di dalam paparan bahagian individu. Had bilangan waris benarkan melebihi dari satu untuk lain-lain waris selain anak dan had bilangan anak (L) & anak (P) juga dibenarkan melebihi 2.

Buat masa ini, version terbaru masih belum di upload ke "Google Play". Aku masih berfikir-fikir samada perlu atau tidak untuk aku menjualnya atau masih mengekalkan applikasi ini secara percuma. Harganya tidaklah semahal mana. Harga tersebut merupakan "kos" masa yang aku luangkan untuk menghasilkan app ini serta beberapa manipulasi & formula yang aku perlu buat untuk menghasilkan bahagian waris faraid di dalam bentuk pecahan.

Memandangkan kebanyakan pengguna applikasi ini (dari statistik) adalah dari Indonesia, Malaysia dan Singapura, maka, aku tumpukan applikasi ini hanya di dalam Bahasa Malaysia. Aku yakin Bahasa Malaysia boleh juga difahami oleh pengguna di Indonesia & Singapura. Sekiranya ada permintaan untuk menukarkannya ke bahasa yang lain, maka barulah aku akan menghasilkannya untuk pengguna yang berbahasa tersebut.

Di bawah ni aku "tampalkan" "snapshot" untuk Faraid Calculator versi terbaru:





Paparan utama untuk Faraid Calculator Versi baru (hampir sama dengan V6).
- Tambahan:
   - Button "Bhg Individu" : Untuk memaparkan bahagian setiap waris faraid.
   - Bahagian "Nilai harta pusaka (RM)". Nilai yang dimasukkan akan diambil kira dan akan dipaparkan di dalam bahagian "Nilai (RM) untuk setiap waris yang berkaitan.



Paparan Srtiap Individu merupakan paparan bahagian yang akan diperolehi oleh setiap waris.
Bahagian yang dipaprkan boleh di-email dengan menekan "button" E-mail.



Setakat ini dulu buat masa ni.

Wassalam.

~ AZH ~



No comments:

Post a Comment