Friday 23 November 2012

Sedikit update.

Hari ni aku buat random checking untuk Faraid Calculator aku.

Dari hasil ujian... kelihatannya semua kombinasi waris seolah2 berfungsi dengan betul & belum jumpa sebarang problem lagi. Walaubagaimana pun ujian akan diteruskan.

Hari ni juga aku menambah baik layout untuk faraid calculator tuu...

Alhamdulillah aku jumpa satu link untuk android coding yang berkaitan dengan apa yang aku cari (draw line utk table layout)...

linknya adalah seperti dibawah:

http://blog.intelligenia.com/2012/02/programacion-movil-en-android.html#more

http://stackoverflow.com/questions/2108456/how-can-i-create-a-table-with-borders-in-android.


Sunday 4 November 2012

Assalamu3alaikum Ustaz2 dan pakar2 pembahagian faraid,

Jika menggunakan android gadjet... nak minta bantuan untuk test app niii (kalkulator untuk pembahagian faraid)...

Tapi dlm versi ni... cuma boleh kira pembahagian dari suami/isteri, anak, ibu dan bapa sahaja. Yang lain2 tu inshaAllah akan ditambah dari masa ke semasa. Tapi sebelum tu... nak kena tambah2 ilmu lagi pasal pembahagian faraid nii... agar dengan itu applikasi ini dapat memberi menfaat kepada yang memrlukan. InshaAllah.

Link applikasi:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.padibenih.fcv2&feature=search_result#?t=W251bGwsMSwyLDEsImNvbS5wYWRpYmVuaWguZmN2MiJd

Diharap dapat memberi komen untuk menambah baik applikasi ini.

JazakAllah.

AZH.
Assalamu3alaikum.

InshaAllah, the new & improve version of Faraid Calculator Lite will be available in Google Play tomorrow.

I wish this version will be more reliable & hopefully no more error such as in the previous version.

To those who already installed the 1st version. I would like to seek an apology  due to many many many manyyyyy problems in the previous version.

Hopefully this version is useful.




Please feel free to install it & your comment is very much appreciated.


Wassalam.

AZH.

Friday 19 October 2012

Alhamdulillah,

Now the Faraid Calculator (Lite) can be download from google play.

https://play.google.com/store/search?q=faraid&c=apps






Please have a look & comments for are highly appreciated.

Wassalam.

AZH.

Wednesday 17 October 2012

Faraid Calculator Lite for android preparation

Semalam aku menyusun semula coding untuk eclipse supaya lebih tersusun dan mudah diedit.

Secara kasarnya, "coding" tersebut disusun dengan module sebegini:

Module 1- Masukkan bilangan waris

Module 2- Tekan butang (button) Kira.

apa yang terjadi apabila button Kira ditekan???

Berikut adalah susunan arahan yang berlaku:

Module 1 - dapatkan bilangan waris
Module 2 - Dapatkan bahagian setiap waris
Module 3- Dapatkan baki harta setelah ditolak bahagian Ashabul Furud.
                 - Dapatkan bahagian terkecil bagi bagi satu bahagian.
                 - Dapatkan nilai bahagian bagi setiap waris masih belum mendapat bahagianny (contoh anak lelaki & perempuan).
Module 4 - Display bahagian pada interface.

Walaubagaimanapun, fungsi calculator ini masih belum begitu sempurna. Masih banyak lagi yang perlu ditambah & diperbaiki.

Wassalam.

AZH.

Contoh:
Gambar di bawah merupakan snapshot bagi fungsi yang boleh digunakan:


Gambar di bawah merupakan contoh snapshot bagi situasi yang belum boleh berfungsi dengan betul. Tiada value pada kolum yang paling kanan sekali untuk isteri & anak lelaki.



Sunday 14 October 2012

Faraid Calculator for android rekaan sendiri

Sehingga hari ini (13/10/2012), aku telah berhasil mereka cipta "Faraid Calculator" untuk android hasil ciptaan sendiri berdasarkan ilmu yg ditimba dari youtube & simple training. Akan tetapi masih banyak yang perlu disiapkan. Buat masa ini aku hanga menumpukan kepada kes apabila:

- Suami meninggal dan meninggalkan waris (isteri, anak & ibu & bapa).
- Aplikasi sudah berfungsi, tetapi masih ada yang perlu diperbaiki (nilai pembahagian asal masih belum "menunjukkan" nilai pecahan yang terkecil). Aku inginkan aplikasi tersebut menunjukkan nilai aplikasi yang terkecil. Sebagai contoh:

Suami meninggal dan meninggalkan seorang isteri, 3 orang anak lelaki & 3 orang anak perempuan. Maka expected nilainya haruslah seperti dibawah:

Isteri = 1/8
3 anak lelaki = 7/12
3 anak perempuan = 7/24.

akan tetapi, didalam aplikasi aku, nilainya adalah begini:


Isteri = 1/8
3 anak lelaki = 21/36
3 anak perempuan = 21/72.



Masalah aku adalah:
Bagaimana dan apakah command atau formula yang sesuai untuk akau gunakan didalm eclipse untuk menjadikan value 21/36 menjadi 7/12 & 21/72 menjadi 7/24. Dari sudut matematiknya, value tersebut hanya perlu dikalikan dengan 3/3, maka, dapatlah nilai seperti yang dikehendaki.

Akan tetapi aku tiada masalah dengan pecahan nombor genap. Contoh:

dari nilai 26/48 boleh dijadikan 13/24 dengan mengunakan for function. Contohnya seperti dibawah:

                                              for (int i = 0; i <= 5; i++) {
if (nisbah_anak_l % 2 == 0 && bhg_a_l % 2 == 0) {
nisbah_anak_l = nisbah_anak_l / 2;
bhg_a_l = bhg_a_l / 2;
}
if (nisbah_anak_l % 2 != 0 || bhg_a_l % 2 != 0) {
// nisbah_anak_l = nisbah_anak_l/2;
// bhg_a_l = bhg_a_l/2;
i = 6;
}
}

Apa ya yang harus aku lakukan untuk menyelesaikan masalah aku ni???

Inilah contoh interface Faraid Calculator aku:



Doa2kan semoga aku akan berjaya menghasilkannya untuk manfaat ramai. Amin.