Monday 22 April 2013

Assalamu'alaikum,

Hmm... hari ni nak update sikit berkaitan excel macro...

Isteri baru start online business... jual sejadah putih, hand made... 

https://www.facebook.com/SejadahPutihByMissmassCollection

Dia minta aku buat simple RESIT template... berkali2 gak dia minta bantuan... tak jalan gakk... last2 dia buat sendiri... heh heh... lps tu baru la aku terhegeh-hegeh nak tolong ... heh heh...

Bila aku "campur tangan"... sooo... start laaa terpikir... takkan nak buat benda niii manually ... hmmm... Mesti nak juga simpan data pelanggan ... toing toing toingg... idea maiii....

Maka terpikir lah aku untuk buat macro (excel macro untuk dia)... InshaAllah dengan macro tu mungkin boleh menyenangkan sedikit kerja di dari segi penyimpanan data pelanggan... Sepatutnya benda2 macam ni lebih baik pakai Ms Access... tp aku tak mahir pakai Access...

So apa yang aku buat adalah...

1- Worksheet untuk masukkan data pelanggan dan senarai sejadah yang dibelinya.


2- Data pelanggan dari worksehhet di atas akan dimasukkan kedalam worksheet SenaraiPenuh":


Worksheet ini merupakan rekod pembelian dari pelanggan.

3- Dalam masa yang sama, data pelanggan dari worksheet pertama tadi juga dimasukkan kedalam worksheet "RESIT". Worksheet ini akan diprint dan diselitkan bersama sejadah yang dibeli oleh pelanggan.



Walaubagaimanapun, aku masih ada sedikit masalah lagi. Aku nak protect worksheet SenaraiPenuh tapi masih boleh diedit oleh macro...

Idea aku macam ni:
- Run macro
- Macro ambil semua parameter dari worksheet pertama.
- Macro unprotect worksheet SenaraiPenuh dan isi data pelanggan
- Macro protect semua worksheet.

Masalahnya macam bila protect/unprotect, excel akan request password utk unprotect/protect worksheet.
So Macam mana nak bagi macro boleh keyin password yang direquest oleh excel. Hmmmmm...

Itu saja buat masa ni...

Wassalam

Friday 25 January 2013

Faraid Calculator Lite (Version 7) is published.


Improvement:
- The improvement only for Bahasa Malaysia.
- Allow more numbers of heirs.
- Has a fix amount of nilai harta pusaka in RM25000.
- Add function to show individual portion.
- An email option is disabled from "Bhg Individu".

Feel free to use it & please give your feedback for any problem or miscalculation. Any suggestion for an improvement are highly appreciated.

If you think that this is useful, please remember me in your "dua".

Thanks,

Brs,
AZH.

Saturday 19 January 2013

Assalamu'alaikum,

Hmm dah lama x update status Faraid Calculator Lite....

Alhamdulillah serta tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Minggu ni aku dapat mengemaskinikan calculator tu. Untuk version yang terbaru ni aku telah tambah fungsi untuk paparkan bahagian setiap waris.
Selain dari itu, dari paparan pada bahagian setiap waris itu juga, mempunya "button" email. Dengan menekan button ini, app tersebut akan membuka email app di dalam android handphone/tablet serta mengisi info seperti yang tertera di dalam paparan bahagian individu. Had bilangan waris benarkan melebihi dari satu untuk lain-lain waris selain anak dan had bilangan anak (L) & anak (P) juga dibenarkan melebihi 2.

Buat masa ini, version terbaru masih belum di upload ke "Google Play". Aku masih berfikir-fikir samada perlu atau tidak untuk aku menjualnya atau masih mengekalkan applikasi ini secara percuma. Harganya tidaklah semahal mana. Harga tersebut merupakan "kos" masa yang aku luangkan untuk menghasilkan app ini serta beberapa manipulasi & formula yang aku perlu buat untuk menghasilkan bahagian waris faraid di dalam bentuk pecahan.

Memandangkan kebanyakan pengguna applikasi ini (dari statistik) adalah dari Indonesia, Malaysia dan Singapura, maka, aku tumpukan applikasi ini hanya di dalam Bahasa Malaysia. Aku yakin Bahasa Malaysia boleh juga difahami oleh pengguna di Indonesia & Singapura. Sekiranya ada permintaan untuk menukarkannya ke bahasa yang lain, maka barulah aku akan menghasilkannya untuk pengguna yang berbahasa tersebut.

Di bawah ni aku "tampalkan" "snapshot" untuk Faraid Calculator versi terbaru:





Paparan utama untuk Faraid Calculator Versi baru (hampir sama dengan V6).
- Tambahan:
   - Button "Bhg Individu" : Untuk memaparkan bahagian setiap waris faraid.
   - Bahagian "Nilai harta pusaka (RM)". Nilai yang dimasukkan akan diambil kira dan akan dipaparkan di dalam bahagian "Nilai (RM) untuk setiap waris yang berkaitan.



Paparan Srtiap Individu merupakan paparan bahagian yang akan diperolehi oleh setiap waris.
Bahagian yang dipaprkan boleh di-email dengan menekan "button" E-mail.



Setakat ini dulu buat masa ni.

Wassalam.

~ AZH ~