Sunday 14 October 2012

Faraid Calculator for android rekaan sendiri

Sehingga hari ini (13/10/2012), aku telah berhasil mereka cipta "Faraid Calculator" untuk android hasil ciptaan sendiri berdasarkan ilmu yg ditimba dari youtube & simple training. Akan tetapi masih banyak yang perlu disiapkan. Buat masa ini aku hanga menumpukan kepada kes apabila:

- Suami meninggal dan meninggalkan waris (isteri, anak & ibu & bapa).
- Aplikasi sudah berfungsi, tetapi masih ada yang perlu diperbaiki (nilai pembahagian asal masih belum "menunjukkan" nilai pecahan yang terkecil). Aku inginkan aplikasi tersebut menunjukkan nilai aplikasi yang terkecil. Sebagai contoh:

Suami meninggal dan meninggalkan seorang isteri, 3 orang anak lelaki & 3 orang anak perempuan. Maka expected nilainya haruslah seperti dibawah:

Isteri = 1/8
3 anak lelaki = 7/12
3 anak perempuan = 7/24.

akan tetapi, didalam aplikasi aku, nilainya adalah begini:


Isteri = 1/8
3 anak lelaki = 21/36
3 anak perempuan = 21/72.



Masalah aku adalah:
Bagaimana dan apakah command atau formula yang sesuai untuk akau gunakan didalm eclipse untuk menjadikan value 21/36 menjadi 7/12 & 21/72 menjadi 7/24. Dari sudut matematiknya, value tersebut hanya perlu dikalikan dengan 3/3, maka, dapatlah nilai seperti yang dikehendaki.

Akan tetapi aku tiada masalah dengan pecahan nombor genap. Contoh:

dari nilai 26/48 boleh dijadikan 13/24 dengan mengunakan for function. Contohnya seperti dibawah:

                                              for (int i = 0; i <= 5; i++) {
if (nisbah_anak_l % 2 == 0 && bhg_a_l % 2 == 0) {
nisbah_anak_l = nisbah_anak_l / 2;
bhg_a_l = bhg_a_l / 2;
}
if (nisbah_anak_l % 2 != 0 || bhg_a_l % 2 != 0) {
// nisbah_anak_l = nisbah_anak_l/2;
// bhg_a_l = bhg_a_l/2;
i = 6;
}
}

Apa ya yang harus aku lakukan untuk menyelesaikan masalah aku ni???

Inilah contoh interface Faraid Calculator aku:



Doa2kan semoga aku akan berjaya menghasilkannya untuk manfaat ramai. Amin.

2 comments:

  1. Alhamdulillah... dah selesai...

    Untuk nombor pecahan yang lain2... aku cuma tambah same function untuk membahagikan nilai pecahan yang besar dengan pembahagi 3/3, 5/5 & 7/7. Pembahagi2 lain tidak diperlukan kerana pembahagi 4/4, 6/6, 8/8 & 9/9 sudah terangkum didalam pembahagi 2/2 & 3/3.

    Untuk pembahagi 3/3:
    for (int i = 0; i <= 5; i++) {
    if (nisbah_anak_l % 3 == 0 && bhg_a_l % 3 == 0) {
    nisbah_anak_l = nisbah_anak_l / 3;
    bhg_a_l = bhg_a_l / 3;
    }
    if (nisbah_anak_l % 3 != 0 || bhg_a_l % 3 != 0) {
    i = 6;
    }
    }

    begitu juga untuk pembahagi 7/7.

    for (int i = 0; i <= 5; i++) {
    if (nisbah_anak_l % 7 == 0 && bhg_a_l % 7 == 0) {
    nisbah_anak_l = nisbah_anak_l / 7;
    bhg_a_l = bhg_a_l / 7;
    }
    if (nisbah_anak_l % 7 != 0 || bhg_a_l % 7 != 0) {
    i = 6;
    }
    }

    Semoga nota ini dapat menjadi bahan rujukan aku di masa depan.

    Wassalam.

    AZH.

    ReplyDelete
  2. This application is still under development. Once ready for basic calculation, then I'll publish in google play.

    So far I've no idea when it'll be ready as faraid calculation have to consider situations.

    Brs,
    AZH

    ReplyDelete